19 July 2009

Marwa - mati mu kerana maruah kami !

0 comments

1 Juai 2009 - Amerika Syarikat

Jutaan orang dari seluru dunia menyaksikan pengkebumian Micheal Jackson. Ramailah orang yang menumpahkan air mata kerana kehilangan penghibur kesukaan mereka. Ramailah yang menabur bunga untuk raja pop itu yang seluruh tubuhanya disaluti 'barang palsu'.

1 Julai 2009 - German
Kita dikejutkan dengan pembunuhan Marwa El-Sherbini yang berlaku di sebuah 'courtroom' di Langericht, Dresden, German. Marwa ditikam sebanyak 18 kali oleh Alex W. , seorang lelaki yang selalu mengganggunya dengan memanggilnya 'terrorist' dan cuba menanggalkan tudungnya. Malah, suami Marwa turut cedera kerana cuba melindunginya dan masih belum sedarkan diri. Tetapi suaminya bukan sahaja cedera parah kerana ditikam tetapi ditembak oleh polis German yang kemudiannya menyatakan ia tidak disengajakan.

Ogos 2008 - kisahnya
Marwa di serang dengan kata-kata kesat disebuah taman oleh lelaki tersebut yang juga turut cuba membuka tudung kepalanya tetapi dipertahankan Marwa. Alex W. ditahan polis dan didenda 780 euro tetapi pendakwa merayu untuk hukuman lebih berat kerana Alex menyatakan dalam mahkamah bahawa 'orang seperti Marwa bukan manusia'.

Julai 2009 - pembunuhan
Perbicaran rayuan untuk Alex dijalankan dan cuma beberapa orang sahaja dalam bilik mahkamah tanpa kehadiran polis. Ketika perbicaraan dijalankan, Alex menyerang Marwa dan menikamnya sebanyak 18 kali sehingga mati dan suaminya turut ditikam di dada dan badan. Marwa dilaporkan hamil tiga bulan ketika dibunuh. Ketika menyerang, Alex berkata, "kau tidak layak untuk hidup".

Kini - di seluruh dunia
Kematiah Marwa tidak dihebahkan secara besar-besaran akibat 'kegilaan' dunia termasuk umat Islam terhadap MJ. Berita wanita yang mempertahankan maruahnya, agamanya dan umat Islam lain tenggelam dengan berita pengkebumian raja pop itu. Saya sendiri hanya membacanya di laman maya BBC News. Pun begitu, jenazah Marwa disambut oleh beribu-ribu umat Islam di Mesir, tanah kelahirannya. Dia disambut sama seperti pejuang, sama seperti para syahid di Palestin.

Marwa oh! Marwa, mati mu kerana agama mu, mati mu kerana mempertahankan maruah mu, mati mu kerana agama kami, mati mu karana mempertahankan maruah kami.

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



Recipe : Soup And Stew