12 May 2008

Nabinco Network..... satu penipuan?

8 comments

Suatu ketika dulu, kita pernah digegarkan dengan sendiket 'gores dan menang' sehingga peraduan tersebut diharamkan oleh pihak berkuasa. Kini, muncul pula cara baru untuk mereka beroperasi. Masalah dengan Nobinco Network dan syarikat yang sengkatan dengannya sudah banyak kali Pak Cipan dengar dan terima email amaran tentangnya. Kita boleh rujuk dalam laman Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang juga ada membincangkan masalah yang sama.

Kekadang kita juga akan berjumpa dengan perniagaan sebegini jika ke pasaraya Maidin dan Giant. Berhati-hatilah ya! Satu email menarik yang Pak Cipan terima adalah seperti dibawah:


"1st sekali, aku nak mintak maaf kat kawan kawan aku yg berbangsa Cina, sebab mungkin apa yg aku tulis ni akan mengguris hati korang. But this is for the sake of all races in Malaysia, i have to tell you guys the truth about those scum bags at Nabinco Network!

Cerita nya camni...
25th April 08 6.30pm, ada sekumpulan 4 orang remaja Cina, 1 perempuan, 3 lelaki lepak kat depan The Store Semenyih. aku nampak diorang bawak beg dgn pegang kertas macam voucher, aku buat bodoh dan masuk je.. lepas keluar dr the store, masuk dlm kereta aku ada sorang budak Cina nama Tony approach aku. terpaksa la bukak tingkap sket. Dia pun tanya aku pernah menang apa2 x dari Tesco ke, Power Root ke? aku cakap x pernah.. oleh kerana aku x pernah
menang apa2, dia kata company dia bagi aku peluang untuk menang kereta, motor dan cash money yg bernilai lebih RM4K!

So, dia bagi voucher aku pun buka laa... tiba tiba dia terlompat lompat cam beruk! "fuiiyooo abang!!! abang betul ka x pernah menang apa2? abang ada chance menang kereta toyota altis woo...!!!" si tony tu la yg cakap camtu... bukan aku... dia tunjuk kat aku voucher yg dia buka tadi, ada gambar microwave oven n foot massage... kat satu lagi page color merah ada bulat warna silver.. dia kata nak tau hadiah apa, kena pergi office dia, nak scan....aku cakap kat dia, kalau kena beli barang, aku x nak... dia pun dgn muka x malu, masuk dlm kereta aku yg x berkunci tu (bodoh nya aku ) dan ajak aku pergi ke office dia utk check apa hadiah yg aku dapat. dlm kereta, menghala ke office dia kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku)

7pm.. sampai kat office, Tony dgn Mr. Wong ni ajak aku masuk bilik, tiba2 je, diorang pasang lagu cina kuat kuat.. dalam bilik tu, ada la gambar orang2 yg pernah menang hadiah dari company ni.. Mr. Wong ni pun cerita la kat aku, company ni buat promotion untuk brand diorang nama GENKI.. sebagai customer, aku cuma perlu buat iklan utk promote brg2 GENKI ni. hadiah yg tinggal ialah, Toyota Altis, Persona, Viva, Honda wave dgn cash money yg bernilai RM4K, RM10K and RM50K! mula2 aku x nak dan x yakin, tapi dia push jugak sambil tunjuk keratan surat khabar berita harian, ada sorang makcik dr Penang menang Altis dan sorang Polis dari Putrajaya menang Kancil. dia kata polis tu yakin dgn company ni sbb diorang ada credit card machine.

So, apa2 hal, boleh cancel dlm masa 24 jam kalau x puas hati. (tipu!!! bank kat m'sia mana ada policy camtu!! ) so, aku tanya camna nak dapat hadiah2 yg diorang bagi tau tadi? Wong ni kata, customer x payah beli barang, tapi cuma perlu bayar cukai iklan RM3K. pastu dia janji nak tolong aku, dia kata aku cuma perlu bayar rm1.5k, yg balance rm1.5K tu, dia tolong.. so, aku pun
swipe la credit card aku rm500... aku cakap dgn dia next week aku dtg balik lepas dpt gaji..

2nd May 08, 12.00pm, aku ke office Nabinco ni utk bayar balance "Cukai Iklan" tu... aku guna cash rm300 n swipe card rm1100. lepas tu si Wong ni, kenalkan aku pada manager dia Ah Meng.. mamat ni pun ajak aku masuk bilik yg sama, bukak lagu cina kuat2, pastu tunjuk surat perjanjian jual beli kat aku, suruh sign.. dlm surat tu kata, company memberi hadiah percuma dgn berbagai syarat la.. pastu dekat list hadiah2 yg bakal dimenangi, ada la kereta2 seperti yg di sebut oleh Wong hari, tapi yg pelik nya ada additional 1 lagi barang yg si Wong tu x pernah cerita dgn aku.. Jade Mattress yg konon2 nya berharga rm4.6K..oleh kerana credit cad dah swipe, aku pun x leh nak buat apa, sign je la surat tu.. bila dia scan voucher aku tu guna sekeping kertas hitam, tiba2 keluar no.12.. rupa2nya aku dapat hadiah jade mattress tu.. dlm hati, cilaka punya orang.. aku dah mula tunjuk muka x puas hati. Si Ah Meng ni bila nampak muka aku camtu, dia kata jgn risau, dia boleh tolong jualkan barang2 tu.. lepas amik gambar aku dgn camera phone N70 bodoh dia tu (konon konon nak buat iklan), dia pun call la sorang buyer yg konon nya nak beli barang tu dgn harga rm3.8K... pastu dia janji nak dtg rumah aku dgn tauke ni malam nanti..
3pm... aku pun balik dlm keadaan blurr campur bengang sebab x dapat Altis.. tapi dlm masa yg sama mengharap supaya taukeh ni boleh beli barang tu malam nanti.. tiba2 si Ah Meng ni call, dia kata kalau aku nak taukey ni beli semua 3 brg yg aku menang tu dgn harga rm7K, aku kena tambah lagi la balik dan bayar rm500 lagi.. dia bagi aku, fruit mixer.. kononnya tauke tu yg nak.. nanti malam dia call..

9pm ~ 2am, aku pun tunggu dgn bini aku kat rumah.. bini aku dah bising dah... ntah2 diorang tipu x bang? aku pun dah syak dah.. tapi x leh buat apa2 coz dah bayar... kol 9 aku call tauke tu, dia kata dia on the way balik dr Penang.. kol 10 call, dia kata kat Ipoh, kol 12 call, dia kata ada kat Tanjung Malim, hujan lebat.. kereta x leh jalan.. so, dia mintak aku tunggu sampai esok.. aku pun tido la dgn hati yg teramat amat sakit...

3 May 08 12pm: lepas balik dari majlis sukan anak aku kat UKM Bangi, aku pergi office dia, x bukak lagi.. call Ah Meng ni, dia cakap, tauke tu maybe boleh datang malam ni atau esok... aku dah mula bengang n marah dia... dia cakap, dia pun takut jugak sbb duit dia pun dah keluar rm600.. aku mula syak something wrong..sampai rumah, bini aku bagi idea yg tersangat sangat
bijak, sampai aku terasa aku ni betul2 bodoh orangnya.. bini aku kata, cuba cari nama company ni dlm internet.. bila aku tekan je Google Search nama Nabinco Network ni, baru la keluar byk complain2 org2 yg dah kena tipu dgn syarikat ni.. korang x caya, cuba surf website ni yg ditujukan khas utk org2 yg dah pernah kena tipu! http://www.welleywatch.heritage-tech.net
rupa2 nya aku confirm kena tipu.. sampai ke hari ni, si Ah Meng dan kuncu kuncu nya, sekor pun x call aku untuk beli balik barang2 tu.. kalau korang baca komen2 yg ada dlm website tu, company ni dah lama dah buat kerja ni, cuma last year guna gores dan menang, tahun ni guna voucher hadiah plak.. modus operandi sama, guna remaja Cina yg berasal dari Penang atau Perak, aku tau sbb diorang cakap hokkien. tugas diorang cuma untuk ajak bakal mangsa macam aku pergi jumpa supervisor dia macam si Wong & Ah Meng tadi tu.. gaji yg diorang dapat ni kira ok la utk lepasan SPM, rm1.2k.. based on report dlm website, almost all mangsa dapat hadiah jade matress tu... pastu, diorang ada 1 persamaan, ejen ejen penyangak ni, sume ada kuku panjang kat ibu jari kiri mereka..

4.30pm: aku pergi buat police report kat Semenyih, police yg amik statement aku tu kata, ada sorang makcik buat report kena tipu cam aku gak semalam (Jumaat 2nd May)..dia kena ajak kat Econsave, Semenyih.. tapi dia kena lagi teruk!! RM37K beb.. aku ni... adeh... tapi yg menghampakan ialah, polis pun x leh buat apa2, sbb ada surat jual beli oleh Nabinco ni.. padahal, aku x dapat pun...

4th may 08: aku tunggu gak la si bangsat Ah Meng tu call.. seperti yg disangka.. abuk pun tarak.. aku sms kat boss, mintak cuti. 5th May 08: setelah buat surat "cooling off 10 days letter", aku, wife dgn anak2 aku pegi ke KPDN Putrajaya utk buat report Tribunal pengguna. rupa2 nya dah ramai org yg kena. cuma dulu nama company dia lain, Worldwide Freshway Sdn Bhd., HQ kat bukit Mertajam nama Welley Corporation. masa aku buat report tu pun ada sorang brother dari Shah Alam pun kena oleh Nabinco ni, RM5K.. pergh... lepas abih report kat TTPN tu, aku pergi penguatkuasa KPDN kat tingkat 2, utk buat statement. Diorang pun kata, x cukup kuasa utk suruh company camni tutup kedai.. so, aku pun boleh doa je laa...

5.00pm: aku dah anta bini aku balik rumah, aku pegi balik ke Nabinco ni utk bagi diorang surat TTPN, report police dan cooling off letter tu. nasib baik mangkuk ayun 3 ekor tu takde kat situ, kalau x.. nahas lu orang! aku mintak sign dgn chop company dr clerk dia dan aku blah.. terima kasih kat tajul sbb jadi body guard aku hari tu...

5.30pm: aku nak pegi beli teh tarik tongkat ali kat The Store..sampai saja kat parking, aku nampak 6 orang geng geng Nabinco ni sedang beroperasi menipu sorang makcik dan sorang brother melayu.. aku pun naik angin, aku parking, pergi dekat makcik tu, direct aku cakap, "kak! jgn percaya cakap diorang ni!! saya baru kena tipu RM2.4K!! ada sorang lagi makcik kena RM37K!" makcik tu pun buat x layan dgn budak pompuan Cina tu... pastu, aku pergi kat brother melayu dlm myvi plak, cakap benda yg sama kat dia.. pastu aku blah, tengok2 diorang masih lagi push brother myvi tu.. aku bengang, terus capai digital camera aku, amik gambar diorang.. salah sorang dari 6 orang tu, dtg marah aku..dia tanya apsal aku amik gambar dan ugut nak pukul aku. aku blah sambil tunjuk, F$%K U!! kat dia.. pastu aku masuk balik kereta dan blah dari situ.. pegi econsave plak.. rupa2 nya ada lagi 2 orang kat situ.. aku pun buat benda yg sama dan amik gambar 2 org mangkuk ayun tu.. sampai kat rumah, aku x puas hati lagi.. berapa ramai lagi orang yg akan tertipu oleh Nabinco bangsat ni??!! aku call polis kajang... diorang pun anta peronda dan mintak aku ke The Store balik.. bila aku sampai situ, beruk2 Nabinco tu dah blah.. aku pun buat statement sambil request kat polis tu, kalau boleh datang la ronda kat sini setiap hari dlm pukul 5 hingga 7pm...

So, itu cerita aku, yg aku mintak dari korang ialah, tolong sebarkan cerita ni kat kawan kawan dan sedara mara anda! kalau ada sapa2 yg dah terkena cam aku, bagi e-mail aku kat diorang, aku boleh cuba usahakan untuk tolong diorang dapatkan balik duit diorang.. sama sama la kita bekerja sama utk menghapuskan makhluk2 yg kurang ajar mcm diorang ni.. kepada member2 chinese, kalau u all ada kawan atau saudara mara dari utara yg kerja dgn company ni, suruh diorang balik dan insaf.. kalau nak cam diorang ni senang je, ada bwk voucher warna hijau or putih, pastu bwk beg dlm ada voucher, pakaian selekeh, yg lelaki pakai selipar je.. , mintak tolong sebarkan pada kawan2 di seluruh malaysia ok!! semoga korang x terkena cam aku...

Thank you! "

Terima kasih kerana berkongsi cerita dari teman kita ini!

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



8 comments: to “ Nabinco Network..... satu penipuan?


  • August 2, 2008 at 4:06 AM  

    SEKARANG DIAORANG SUDAH SAMPAI KE JOHOR DENGAN NAMA YANG LAIN TAPI BUAT KERJA YANG SAMA"TIPU"SEMUA MEMANG PENIPU.SAYA HAIRAN KENAPA ORANG YANG MACAM GINI ADA DALAM DUNIA LAGI SEMUA ORANG REMAJA ADA KAKI ADA TANGAN TAPI OTAK TAK ADA SEMUA PENIPU.LAGI-LAGI CAKAP PASAL DOSA MENYAMPAH BETUL.SEMUA SI BODOH.


  • August 14, 2008 at 4:05 AM  

    Betul Tu... nama Sykt dia Nabico Network Sdn Bhd (73447-x)

    Alamat dia pula:
    79-02, Jalan Molek 1/29, Taman Molek,81100, JB

    Ayah saya pun kena tipu dekat Giant Southern City (14 ogos 2008, (Kampung Majidee) oleh selesgirl budak perempuan (Cina ~20 thn). Nasib baik tak rugi sangat laa sebab ayah saya hanya bayar deposit Rm 200 utk register (kata cina tu laa)

    Lepas ni saya nak buat report polis dan pergi office dia utk tangkap.....biar padan muka diaorang.

    Ayah saya tengah menyesal nih sebab sia - sia saja rugi 200 ringgit


  • September 10, 2008 at 7:30 AM  

    aku nasib baik duit cash ader skit...tp rugi RM50 gak laa...huhuu


  • September 10, 2008 at 10:30 PM  

    Eiiiii, geram nye saya. Saya pun tertipu gak ngan si keparat-keparat ni. Kena tipu RM300. Sibuk2 jer diorang nak tau dalam akaun saya ade bape banyak duit. Kalau saya jumpa diorang siap lah. Tapi, kalau kite ade number ic diorang camane eh nak buat?


  • September 14, 2008 at 10:53 PM  

    salam semua...

    MASYAALLAH...
    takutnya saya baca comment2 yg u all post ni.. simpang malaikat 44

    saya nyaris2 sebenarnya,
    nama saya azura n azrul suami saya. Ahad - 14/09/08 2.00 ptg, plumber dtg baiki water tank, so pintu umah terbuka luas.. gate pun.. senang diorang nk kluar masuk amek brg2 n elokkan water pressure umah saya.
    4.30ptg, datang sorang cina dlm late 20 kenalkan diri n mngaku dr persatuan pengguna. dia cam usha2 living area kitorng (sbb dia kt luar, suami tak bg masuk) n tanya samada kami sokong barangan buatan malaysia. kami ckp ofcourse la, malaysia meh, mesti la sokong. Then dia tanya, camana dgn barangan china.. kami ckp, kalau berkualiti n murah, kami sebat je.. (rupanya modus operandi dia.. nk jual barangan genki, n etc)
    dlm list dia, jenama ariston adalah buatan malaysia.. n kami agak bertekak kt situ yg washer machine kami, seketul import dt italy n bkn made in malaysia.. dia pun kelentong apa tah.. tp kami da ada syak wasangka kt situ..
    pendekkan cerita, dia tanya kami samada penah ada beli tak barangan buatan malaysia melebihi 3 thun.. masalahnya.. kami br sthun kawin.. n kebanyakan brg eletrik kami paling lama pun 2 thun setengah.. then dia kata takpe.. nk resit pembelian/warranty card.. so dia kata kami boleh dpt voucer tesco/giant/carrefour bernilai rm200 hadiah dr kerajaan sbb beli barangan buatan malaysia(rasa nk tergelak pun ada statement tak masuk akal dia tu). kami pun layan je la.. p cari warranty card.. n jumpa.. kipas elba.. then dia pun tgk.. check sumer, then bg satu sampul.. soh bukak samada dapat voucer rm100/rm200. suami soh saya pilih n bukak.. tup2, ada kaler silver.. takde kaler oren n hijau yg dia kata tu.. so kami tak dpt voucer tp dpt hadiah lg menarik. sebijik yg pak cipan ckp rm4k hadiah paling kecik.. lain2 6k,8k,10k,12k, altis, perdana etc..
    kitorang pun tak x-cited la sbb nmpak cam bohong je.. dia kata.. ehh..abg mungkin menang hadiah yg hebat ni.. tak seronok ke..? pastu ckp kalau dapat altis.. dia nk 1 je.. nk mintak bwk altis 30minit (dlm hati, ye ke mamat ni.. leh caya ke) pastu siap salam2.. (ampeh) cakap.. saya mmg suka kalu abg menang.. n doakan kami menang (apahal lak nk doa.. ko tu bukan islam.. nk doa kt tokong ko ke?)
    pastu kami cam tak caya lg.. belek dia nyer kertas td.. ada tulis.. only RM37++ ada 3 item, water filter, mesin jahit n apa ntah satu lagi (tak amek pusing pun sbenarnya).. nmpak sgt la mnipu kan.. kalau kt kertas tu ckp.. WORTH RM37++ takpe la.. ni ONLY, silap la.. ingat kami bodoh ke.. dia nk lengcong ckp benda manis2 lg.. tp suami, dgn nada keras.. 'aku taknak tau kat blakang ni.. aku nk ko x-plain kt depan ni dulu.. pastu.. terkial2 kata.. brg tu free n d jamin smpai arini. n sumer free.. cuma kami kena janji 3 benda.. 1.kena masuk dlm iklan slama sthun, kena pakai cantik2. dia kata takkan nk pakai t-shirt kot masuk surat kabor.. 3.apa tah.. tp lebih kurang cam tula.. bab iklan2.. skit pun tak cakap kna bayar apa2.. pastu.. sj saya desak dia skit.. ehh, betul ke tak mlibatkan duit ni.. pastu br ckp ada iklan fees.. about RM37++ jugak.. kami ckp, 'knapa kami nk bayar iklan pulak.. kalau nk bg hadiah tu, bg je la.. takkan cmpany u all tak mampu nk byr harga iklan.. kata u all bg fre hadiah bjumlah 1.5mil kt pemenang bertuah..ada plak duit, ni nk sponsor iklan pun kna mintak dr kami..' (kami p-k, cnfirm mamat ni nk tipu kami..) pastu kami ckp.. kami br menang hadiah make-over umah cam casa impian tu tp kat tv1, ceria bersama matex gold, tajaan nippon paint.. 1 sen pun tak bg duit.. dpt makan free kt armada hotel lg tajaan nippon paint jugak.. gler best.. kami hanya bg masa, duit minyak.. tu je la.. "NO MONEY INVOLVE".. pastu.. dia kata kalau tak caya amek ic dia n call org yg da menang n call manager dia.. masalahnya kita tak kenal pun org yg menang tu.. mana la tau.. staff ke?, bini manager dia ke..? cnfirm2 la bole tipu.. lg satu.. surat kaba cina yg diorang publish tu..satu menda pun kami tak paham.. kalau betulla dia tak tipu.. knapa yak masukkan dalan urusan ke.. berita harian ke.. (eii, geram skali p-k). pastu, mata saya cuba ingat satu benda.. resit dia NABINCO SDN BHD (saya nk check esok kt opis.. kt umah takde internet, kalau ada la.. confirm panggil dia tgk penipuan dia n halau trus..)pastu.. plumber yg dok ulang alik.. dok tgk2 kami bertekak.. suara suami saya mmg da lain mcm.. kami daapt rasa penipuan tu.. dia mintak nk call manager.. kami kata, takpe la.. kami takde duit.. pastu.. kluar plak statement dia.. soh beli mineral pot RM1000.., pulak.., apahal nk beli brg.. takmau la kami.. suami saya bangun n menghala ke pintu.. (isyarat soh berambus).. tp tak paham 2 lg.. then straight ckp.. sori la en.. saya tak berminat.. n dia kata kami tolak rezeki.. (sebenarnya tolak bala yg dia bawak). then dia mcm tk puas ati, ckp eh.. takpe.. tak perlu mintak maaf sbb dia kata dia yg tak pandai explain sampai buat kami tak pcaya.. suami ckp satu je.. NI BUKAN SALAH AWAK ATAU KAMI.. NI SALAH ORG YG PENAH TIPU ORG SEBELUM NI DGN PERADUAN MENANG N GORES DULU.. so takleh nk salahkan sapa2 sbb kami mmg "KURANG KEPERCAYAAN' terhadap apa yg awak bgtau sbb hampir sama dgn praduan tu.. dia pun kemas brg dia n blah.. hampir sejam dok dingdong2, gler buang masa n buang masa sgt10x sbb suami saya tgh wat assignment master dia, n saya wat OT opis.. (sjam tu da siap satu drawing.. aduss.. clakak lu..).. n satu dpt detact dari dia.. mmg penyangak tu ada kuku ibu jari tangan yg panjang. sejurus dia kluar, mamat plumber yg dok bz tu tegur kami, SIKIT LG ABANG N KAKAK NK KENA TIPU, ITU ORG MMG TIPU PUNYA, OPIS DIA KT PENANG.. SAYA DULU PUN BUAT KERJA INI MAAA..(rasa nk tergelak sbb si plumber ni ngaku tipu org dulu, tp mnipu ni tak slamat.. end up dgn jd plumber.. kan bersih n halal rezeki tu.. dr titik peluh.. bukannya air liur yg penipu) ..

    ya allah, terima kasih meyelamatkan kami dr ancaman org2 kafir.. laknatullah.. amin.. syukrannnnnnnnnnnn

    alhamdulillah.. bulan puasa.. allah lindungi umat2nya.. insyaallah

    ya allah, slamatkanlah juga umat2 islam seluruhnya dr penipuan ini.. AMIN


  • September 17, 2008 at 3:57 AM  

    Hi bro, terima kasih atas post macam ni.

    Modus operandi terbaru syarikat Nabinco ni, baru tadi singgah di kawasan perumahan saya.

    - Beroperasi di Klang
    - Sekarang diorang dah pakai gadis2 india pulak
    - Pada awalnya menawarkan diskaun bagi alatan rumah dan mintak kita bukak envelope untuk tahu berapa diskaun yang kita dapat
    - Seterusnya, seperti biasa, tiba2 ada pula hadiah barangan yang lain bila dah bukak envelope.

    Nilai dulu dorang ni, harap lepas ni kita semua lebih berhati2 dengan tawaran pelik2.

    Apapun, thanks bro atas perkongsian


  • October 6, 2008 at 11:18 PM  

    bro aku pn terkene jgk laa...
    mcm sial je mende nie jd pd mlm 6/10/08..
    aku dok baek nya jln nk p kdai mkn dgn awek aku.pastu tiba2 mai laa sorg apek cina ni umor 19tahun.dia dok cita laa psl hadiah teso la power root laa.baek pnya cita pastu dia bg kertas sroh bukak.awek aku dpt kertas TERIMA KASIH.pastu aku pnya blank ja.bila aku tunjuk kt dia pastu mamat nie terlompat lompat mcm berok jmpa pisang emas.dia kata aku kemungkinan bley dpt hadiah kete ALTIS.woo aku da mcm apahal laa ni.semenjak aku hidup ni xpenah la aku nk caya menda2 ni ntah awat ntah smalam aku caya.pasal apek tu dok terlompat2 la kot.dia pon suruh la aku ckp tepon dgn supervisor dia yg ckp apa pn aku x paham.depa pn suka la time tu.terpekik2 mcm monyet.
    pastu dia ajak aku p opis dia dkt ja dgn kdai mkn tu.lupa nk gtaw kejadian ni jd kt area TAMAN DESA kt dgn RESTORAN JALAL YUSOF.aku pn p laa opis dia.abes suma kt opis dia dok ckp cina dgn aku sbb muka aku mcm cina depa kata.aku pn haa ya laa angguk2 pala ja buat2 paham.pastu mai la sekor kerani depa ni dok suruh aku belanja mkn.aku kata kt dia nk blanja apa hadiah apa pn aku x taw.
    masuk la geng2 orang lama depa kt blk kecik yg depa swoh aku masok nie n explain psl peraduan ni.ha kt blk tu pn ada gambar org2 yg menang siap complete dgn muka sorg cina yg kt depan muka aku.dia kata makcik tu menang motor.cita p cita mai aku kata aku da cash nk bayar depa pnya CUKAI ANAK HARAM APA NTAH tu.pastu kawtem baek pnya depa swoh aku bayar RM1000.konon2 nya depa nk tlg aku.pastu aku kata kt depa mlm ni aku xda cash n duit pn xda.student lg kn cmna nk ada duit byk2 cm2.gila ka apa.tggu la aku p rompak bank kt bwh opis dia dlu br aku ada cash.
    lama jgk laa aku kt situ.byk kali jgk aku dok pikir nk join ka xmau.cina sekoq ni dok ckp ni REJEKI MAA...MANA MAU DPT...patu siap ckp INSYAALLAH kalo ada REJEKI..fuh mcm nk sepak ja pala cina sepek tu.aku siap tnya hang Islam ka yg hang dok ckp cm2.dia kata baru dok blajaq.aku ckp baik2 sket naa.agama jgn dok buat main.ada ka plak dia kata Islam xbley buat rambut pacak mcm apek2 cina jinjang dok buat.hahaha pastu kata rambut dia haram sbb ada inai.hurm da murtad abes kot babi tu.
    pergh lama sial aku kt opis tu.last2 mana bodoh mai ntah aku p kompom tros.tp syarat dia aku bayar RM150 ja pkai kad debit aku yg sebatang kara duit kt dlm tu.depa kata depa bg masa sebulan utk bayar kt depa.aduh time tu aku da swipe kad da.nk buat cmna.
    esok nya baru aku on internet nk chek.baru laa aku taw menda ni suma tipu.ANAK HARAM BETOI!!!!nie cmna ntah aku nk amek blk RM150 aku ni..da la duit aku pn sebatang kara.camna laa aku nk buat nie.dgn resit ada ni depa bg..agak2 cmna nk amek tindakan kt depa?
    Nie ha no resit aku 37349..Nama cina yg tu CHUA WILSON..nk nama raket ja cina ni...no IC dia 891011-04-5397..tlg laa sapa2 bg idea camna nk handle penyangak nie..

    Yg memerlukan bantuan...
    Ejon :)


  • December 10, 2008 at 3:17 PM  

    Hey, thanks alot bro for posting this. I got the same shit from these assholes but luckily I decided not to give them any money. i told them if they wanted, they gimme the money and then i pay the whatever cukai thingy they were asking. then they shut the f*** up. Someone should kill these mother f*****s

Recipe : Soup And Stew