18 April 2008

Ujian Dementia - Uji Kecekapan Anda!!!

0 comments

Ujian ini bertujuan untuk menguji kecekapan anda dalam menjawab soalan berteraskan akal-fikiran yang mudah. Syarat untuk menjawab ialah, tidak perlu menulis..... hanya jawab dalam hati, dilarang meniru, jawab dengan jujur dan tidak perlu mengulangkaji sebelum menjawab. Selamat menjawab:

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera, jawapan ada di bawah. OK?

Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?


Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja .. Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?



Jawapan Soalan 1: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!




Jawapan Soalan 2: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Jawapan Soalan 3: Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .


Jawapan Soalan 4: Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!




Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...? jawapannya.............

....................................................................

....................................................................

....................................................................


.......... Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati Mudah sahaja.


............pening.....pening....!!!!!!!!!!!

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



Recipe : Soup And Stew