23 April 2008

PAKU DI DINDING.....

2 comments

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tidak kira berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan
kesan berlubang didinding hati anda.

21 April 2008

HALAL PORK..!!??

0 comments

Banyak kita lihat tanda halal dalam produk-produk tempatan dan dari luar negara. Malaysia memperkenalkan logo HALALnya sendiri, sementara negara-negara lain tidak diketahui samada dari pihak berkuasa atau direka oleh pengeluar produk tersebut.

Contoh paling menarik adalah produk daging khinzir dalam gambar disebelah ini. Siap tanda halal besar lagi kat bawahnya. Mungkin khinzir ini disembelih mengikut cara Islam, maka diletakkan tanda halal??

Pak Cipan sangat bimbang dengan makanan yang diimport walaupun pihak berkuasa Malaysia menyatakan daging tersebut sentiasa dipantau. Apa yang kita perlu buat...???

PAU AHMAD

0 comments

Satu lagi email yang Pak Cipan dapat dari kengkawan.
Mengikut kawan Pak Cipan, penulis ini namanya Haris Fadzlah Mat Ali, tak pasti betul ke tidak.

Saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji..."

Maklumat lain yang kita dapat dari carian enjin google adalah:

" PA SDN BHD = Pau Ahmad SDN BHD.

Tipah Tertipu daaa.., nasib baik tak suka makan pau..

1 255451-U P. A. FOOD SDN. BHD. SELANGOR EXIST 06-01-1993 NO.2A,
JLN P4/7, SEKSYEN 4, BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, SEMENYIH;SELANGOR 43500

1 539477-T P. A. FOOD MARKETING SDN. BHD. SELANGOR EXIST 16-02-2001 2A,JLN P4/7,SEKS 4, BDR TEKNOLOGI KAJANG,
SEMENYIH;SELANGOR 43500

P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong "

Ubi Kayu bentuk punggung...

0 comments

Dulu Pak Cipan menyiarkan gambar ubi kayu berbentuk kaki manusia, kali ni ubi kayu berbentuk punggung manusia pulak! Macam betul pulak tuh...!


20 April 2008

Kepada semua pengguna dan penggemar bihun / laksa

0 comments











PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.- Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :- Lot 1123, Tingkat Selamat 6, Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Seberang Prai, 13300, P.Pinang.

Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu Halal, Ditanggung Halal atau Makanan Islam atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut.
Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?
Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi INDAH KHABAR DARI RUPA. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-

1-G-2,
Sri Pelangi, Jalan Bukom,
10150 Penang.

Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat. Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar.

Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna.












Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!

Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!!

Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-
KIM LOONG HUAT SDN. BHD.
yang beralamat No.3565, Jinjang Utara, 52000 K.L

dan ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.

Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi.

School in a cave in China

0 comments

Its very weird. It has been founded in china. This school lies in a heart of a cave!







18 April 2008

Health - Important Tips

0 comments

Answer the phone by LEFT ear.

Do not drink coffee TWICE a day.

Do not take pills with COOL water.

Do not have HUGE meals after 5pm.

Reduce the amount of OILY food you consume.

Drink more WATER in the morning, less at night.

Keep your distance from hand phone CHARGERS.

Do not use headphones/earphone for LONG period of time.

Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.

Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

STROKE: Remember The 1st Three Letters....S.T.R.

0 comments

STROKE IDENTIFICATION:

"During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .....she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening.

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die.... they end up in a helpless, hopeless condition instead."

It only takes a minute to read this.......
A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally . He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.


RECOGNIZING A STROKE
Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke .

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S * Ask the individual to SMILE.

T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today)

R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call for help immediately and describe the symptoms to the dispatcher.


New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other ,that is also an indication of a stroke.

Save more people by telling more people about this !!!

Ujian Dementia - Uji Kecekapan Anda!!!

0 comments

Ujian ini bertujuan untuk menguji kecekapan anda dalam menjawab soalan berteraskan akal-fikiran yang mudah. Syarat untuk menjawab ialah, tidak perlu menulis..... hanya jawab dalam hati, dilarang meniru, jawab dengan jujur dan tidak perlu mengulangkaji sebelum menjawab. Selamat menjawab:

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera, jawapan ada di bawah. OK?

Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?


Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?


Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja .. Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?



Jawapan Soalan 1: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!




Jawapan Soalan 2: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Jawapan Soalan 3: Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .


Jawapan Soalan 4: Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah. Namanya Mary. Baca semula soalan!




Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...? jawapannya.............

....................................................................

....................................................................

....................................................................


.......... Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati Mudah sahaja.


............pening.....pening....!!!!!!!!!!!

09 April 2008

RM50.... from ATM machine

2 comments

Just want to share a real life story.

This incident happened on today evening (1 April 2008). I went to the PJ State (Also known as PJ New Town) Maybank to withdraw RM500. Unfortunately for me, only 9 RM50 notes came out instead of 10. What happened was, one of the RM50 notes was folded exactly in half and placed at a corner of the stack (Please refer to the attached pictures showing how two RM50 notes can be counted as three).


The folded note is counted as two notes by the machine (two

notes counted as three)

I was so upset because I have no proof that the ATM did not give me the correct amount. After much hesitation, I finally decided to call Maybank to complain about the incident knowing that I may not get back my money. But at least I can caution them of such incident. When I told of my situation to the Maybank Customer Service Representative, to my surprise, I was informed that I'm not the first victim. It seems that similar cases have occurred before. The lady explained that it is the malfunction of the ATM and the money may accidentally get folded in half. However when questioned, she was unable to explain to me why the money can be folded exactly in half and placed nicely in the corner of the stack.


Two RM50 notes. The note on top is folded to the
right

I believe this is the new technique of cheating money, done by the people who are responsible of placing the money into the ATMs. In the stack of money which is to be placed into the ATM, one RM50 note is folded nicely in half, for every one note taken out of the stack of money. The folded RM50 notes are then placed at the edge of the stack and positioned in the ATM where the money would be counted. With that done, every one folded note would be counted by the machine as two notes.

I may be wrong about how and why it happened, but I would like to warn everyone about this incident. Please be careful when withdrawing money from the ATM (it may happen to other banks as well) and do count your money to be sure. If such an incident really happened to you (*touch wood*), please do call up the bank to complain about this. If everyone keeps quiet about this, the bank may be unaware of such incidents and the people responsible may just continue doing what they do without getting caught! Even if it is actually because of the ATM malfunctioning, the bank should know about this and there is also a chance of you getting your money back.*

07 April 2008

IBU KU PEMBOHONG ????

2 comments

Kisah yang dihantar seorang rakan.....

" Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak.
Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." *– PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.*

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." *– PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.*

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." *– PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.*

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" *– PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.*

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." *– PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.*

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." *– PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.*

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir eluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." *– PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.*

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." *– PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.*

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…"

03 April 2008

POSTCARD VIRUS

0 comments

PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS!

You should be alert during the next few days. Do not open any message with an attachment entitled '*POSTCARD,'* regardless of who sent it to you. It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer.

This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list. This is the reason why you need to send this e-mail to all your contacts. It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.

If you receive a mail called a ' POSTCARD,' even though sent to you by a friend,* do not open it.!* Shut down your computer immediately.

*This is the worst virus announced by CNN. It has been classified by Microsoft as the most destructive virus ever. This virus was discovered by McAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital
information is kept.

01 April 2008

FITNA - BOIKOT BARANGAN BELANDA

2 comments

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh
anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

Recipe : Soup And Stew