Adakah Minyak Akan Naik Harga?
0 commentsBerikut adalah sejarah harga minyak di Malaysia:
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0..21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Dan, seperti biasa, kerajaan akan menyatakan bahawa harga minyak ini adalah masih rendah berbanding negara-negara jiran kita yang lain. Inilah alasan yang 'munasabah' yang dapat diberikan oleh mereka.
Saya menjangkakan harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum nanti. Kita tunggu dan terima sahajalah keputusan yang akan dibuat nanti.
Kemudian, akan berlaku rantaian kenaikan harga barang yang akan ditanggung oleh kita semua. Dan, Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Dalam Negeri akan memberi amaran kepada pengusaha untuk tidak menaikkan harga barangan yang akan lenyap tidak lama selepas itu. Harga ayam pun mereka tidak dapat bendung, inikan pula harga barangan keperluan lain.
0 comments: to “ Adakah Minyak Akan Naik Harga? ”
Post a Comment