Pencinta keadilan diminta hadiri perhimpunan 10 November
0 commentsPelbagai lapisan masyarakat yang cintakan keadilan diminta hadir pada perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka 10 November ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.
Perhimpunan itu dianjur Gabungan Menuntut Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menggalakkan orang ramai hadir dengan memakai kemeja berwarna kuning
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, golongan muda disaran tampil menyertai perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan terhadap usaha menuntut pilihan raya adil dan bebas di negara ini.
Memandangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah lari dari tanggungjawab yang sebenar, maka himpunan aman untuk menyatakan rasa tidak puas tersebut perlu diadakan segera.
Diharap program itu mencapai matlamat bagi menuntut hak dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap badan terbabit dan kerajaan,†katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra dengan masyarakat Cina di Kampung Cina, dekat sini baru-baru ini.
Beliau juga meminta orang ramai yang datang di perhimpunan tersebut memakai kemeja T berwarna kuning yang dicetak khas untuk program itu.
Sumber: HARAKAH
0 comments: to “ Pencinta keadilan diminta hadiri perhimpunan 10 November ”
Post a Comment