25 June 2008
Khemah sebagai rumah...!
0 commentsHari ini, Pakcipan menerima email dari seorang rakan yang memanjangkan email yang diperolehi oleh beliau tentang kemiskinan di bandar. Malangnya, tidak dikepilkan bersama maklumat tentang pengirim email tersebut.
"Assalamualaikum wrb, Tuan/puan yang yang budiman dan prihatin,
Anak perempuan saya murid Tahun 5 (5 Iltizam) SRK Taman Melawati 2 selalu balik menceritakan tentang kisah sedih kawan sekelas dia yang terpaksa duduk dalam ‘khemah’ kerana tiada rumah setelah rumah setinggannya di robohkan. Mula- mula saya tidak berapa ambil kisah kerana anggapan saya manila ada di kawasan Ulu Klang/Melawati keluarga Melayu sebegitu susah, sekurang-kurangnya ada rumah. Tetapi cuti minggu lepas, saya telah dibawa sendiri oleh anak saya untuk melihat khemah dan keadaan keluarga tersebut di Ulu Klang bertentangan dengan Zoo Negara.
Memang amat menyedihkan sekali keadaan keluarga ini, En Zamri seorang guard di Puncak Niaga Klang gate, mempunyai 5 orang anak (15,14,11, 6 & 4tahun) memang tinggal dalam khemah dhaif (sebesar partition Manager kat PETRONAS) tanpa elektrik dan cuma bilik air buatan sendiri. Isteri tidak dapat bekerja kerana ada anak kecil 4 tahun walaupun ingin bekerja. Kepada sesiapa yang hendak lihat sendiri khemah keluarga ini boleh Nampak dari Highway MRR2 – Arah Ampang ke Taman Permata , selepas PETRONAS Hulu Kelang 2, berdekatan bus station ada sign board untuk U TURN ke Zoo Negara.
Menurut En Zamri rumah setinggan mereka di Batu 8 Hulu Klang telah dirobohkan 3 tahun lalu dan mereka telah membeli rumah kos rumah tetapi hingga sekarang tidak siap- siap. Keluarga lain mampu untuk buat rumah ditempat lain tapi beliau belum mampu untuk buat pondok sekalipun walaupun ada plan untuk buat ‘pondok sementara’ di tapak khemah itu…saya ada nampak sedikit kayu recycle terkumpul. Semasa kempen pilihanraya ada ada politician berjanji untuk bantu tapi diam begitu saja. Beliau dirikan khemah di situ kerana dekat sekolah dan keempat empat anak bersekolah di Melewati dapat jalan kaki ke sekolah saja. Menurut anak saya akhir-akhir ni dengan cuaca yang tak menentu, anaknya selalu demam dsb.
Saya juga telah bertanya macamana kami boleh bantu dia sekeluarga. Kalau ada rezeki dia cuma mahu dirikan pondok tempat bertuduh dengan harapan rumah kos murah mereka siap, tapi beliau keberatan untuk memberitahu saya kosnya. Setelah didesak beliau beritahu rumah Indon depan rumah dia kecil tu pun lebih kurang RM 3 ribu juga. Indon pun ada rumah, ini keluarga Melayu, En Zamri orang N9 dan isterinya orang Perak.
Alhamdulilah saya dapat memberitahu kisah keluarga ini pada Hj Zul, AJK Surau PETRONAS dan beliau berjanji akan cuba meminta bantuan ADUN Hulu Klang. Pihak Surau PETRONAS juga telah bermurah hati memberi sumbangan segera RM250. Saya dan suami juga akan cuba ikhtiarkan bantuan lain seperti carikan kerja part time untuk isterinya dsbnya. Menurut En Zamri, sekolah juga memberi bantuan.
Sahabat sahabat yang prihatin, saya mohon bantuan iklas semua kalau boleh kita membantu keluarga ini untuk dirikan ‘pondok’ untuk berteduh…..saya tahu ramai yang bermurah hati untuk memberi sumbangan peribadi , zakat (saya rasa keluarga ini layak mendapat zakat)….atau sebagainya….atau mungkin FOC boleh buat ‘keluarga angkat’ sebagai projek amal jariah kita. Sesiapa yang ingin membantu sila beritahu saya.
Semoga ALLAH membalas amal jariah saudara/i sekelian. Wassalam.
Ku Azah Ku Mohamad. "