17 March 2008

TAHNIAH Ahmad Nabil Bin Ahmad

1 comments

Tahniah kepada Ahmad Nabil Bin Ahmad, berusia 25 tahun kerana menjadi juara Raja Lawak Astro Jumaat lepas. Sesungguhnya, lawak Nabil memang menjadi. Dan, lawak beliau itu memang satu kelainan daripada lawak-lawak pelawak tanah air.

Tahniah juga kepada Astro kerana Raja Lawak musim kedua ini mendapat sambutan yang hangat berbanding tahun lepas. Gelanggang Raja Lawak mingguan sentiasa penuh dengan penonton dan Gelanggang Raja Lawak terakhir Jumaat lepas di Dewan Sivik dipenuhi dengan penyokong termasuk ramai artis dari tanah air.

Tahniah kepada semua peserta Raja Lawak kali ini kerana lawak mereka memang lain dari yang lain, lebih mantap dan lebih berkesan. Begitu juga dengan dua orang hos rancangan tersebut iaitu Zizan dan Johan. Walaupun mereka tidak menjadi juara pada tahun lepas, tuah manusia siapa yang tahu? Dan, mereka memang serasi digandingkan bersama.

Semoga Raja Lawak tahun depan lebih ganas lagi....

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



1 comments: to “ TAHNIAH Ahmad Nabil Bin Ahmad


  • April 5, 2008 at 10:55 PM  

    nabil bekas pelajar poli PD? klik sini http://www.blog.mygstt.com/index.php?id=12

Recipe : Soup And Stew