19 February 2008

3 pembekal ayam tak sembelih disaman termasuk TESCO

0 comments

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Sumber dari http://www.bharian.com.my/

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan
dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam
memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam,
termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak
disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing
Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman
yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran
Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian
ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari
Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di
Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan
Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri
pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,
375.77.

Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi
teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama
dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada
semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga
defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada
di pasaran.

Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon
maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di
muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos
perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal
memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara' dan
tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang
berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan
sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum
dipasarkan.

"Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan
mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul
mengikut prosedur penyembelihan.

"Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli
tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,"
katanya.

What next?

You can also bookmark this post using your favorite bookmarking service:

Related Posts by Categories



Recipe : Soup And Stew